KDA FC Bangkit tebus kekecewaan

Kedah Darul Aman (KDA) sudah melupakan kekalahan pahit kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) minggu lalu apabila menumpaskan Sabah 2-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Darul Aman, Alor Setar hari ini.

Jaringan gandingan import, Kpah Sherman dan Kipre Tchetche menghadiahkan kemenangan pertama buat skuad Hijau Kuning.

Kesungguhan Kedah untuk menebus kekecewaan kelihatan sejak awal permainan dan mereka hanya mengambil masa 15 minit pertama untuk membuka jaringan menerusi Tchetche.

Gol Sherman pula hadir selang lima minit kemudian selepas dia menyempurnakan hantaran Tchetche, men3waskan penjaga gol Sabah, Robson Rendy.

Sabah yang ketinggalan 2-0 cuba bangkit mengatur s3rangan bertali arus menerusi peny3rang berpengalaman, Amri Yahyah, namun benteng Kedah sukar dibolosi.

Sumber : UM

Skuad The Rhinos masih gagal mencari kemenangan pertama musim ini selepas seri 1-1 dengan Melaka United dalam aksi pembukaan, minggu lalu.