KDA FC dan TFC ke Singapura

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) dan Terenganu FC akan beraksi dalam saingan peringkat kumpulan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2021 di Singapura.

AFC dalam pengumumannya berkata Singapura disahkan selaku tuan rumah bagi Kumpulan H yang terdiri daripada Kedah Darul Aman FC, Lion City Sailors (Singapura), Saigon FC (Vietnam) dan pemenang perlawanan play-off 2 Zon ASEAN.

Singapura juga akan menjadi tuan rumah Kumpulan I terdiri daripada Geylang International FC dari Singapura, Kaya FC-IIoilo (Filipina), Terengganu FC dan wakil Myanmar, Shan United FC atau Ayeyawady United FC, bergantung kepada keputusan perlawanan peringkat awal dan play off Liga Juara-Juara AFC 2021.

Prestasi Kedah melonjak selepas Liga Malaysia disambung lewat Ogos tahun lepas apabila menduduki tangga kedua di dalam Liga Super yang memberikan ia slot automatik dalam pertandingan Piala AFC tahun ini.

Terengganu FC yang menduduki tangga ketiga Liga Super 2020 mendapat slot di dalam kejohanan itu dalam Liga Malaysia 2020 yang dipendekkan dengan pembatalan Piala FA dan Piala Malaysia berikutan peningkatan kes C0VID-19 di dalam negara.

AFC juga mendedahkan venue untuk Kumpulan G, yang juga dalam Zon ASEAN akan diputuskan kemudian.

Selain itu, AFC mengesahkan perlawanan dalam Kumpulan A, mengetengahkan Al Hidd Club (Bahrain), Al Nasr (Oman), Al Wahda (Syria) dan juara bertahan Al Ahed FC (Lubnan) akan dihoskan Manama, Bahrain.

Sementara itu, Kumpulan B terdiri daripada Al Ansar FC (Lubnan), Muharraq Club (Bahrain), Al Salt (Jordan) dan Balata Center (Palestin) selain Kumpulan C terdiri daripada Al Faisaly (Jordan), Al Seeb Club (Oman), Tishreen (Syria) dan pemenang perlawanan play-off Zon Barat akan berlangsung di Amman, Jordan.

Perlawanan Kumpulan D, termasuk ATK Mohun Bagan (India), Bashundhara Kings (Bangladesh), Maziya Sports & Recreation (Maldives) dan pemenang perlawanan play-off Zon Selatan yang bakal berlangsung di Male, Maldives.

sumber : BH

FC Dordoi (Kyrgyzstan) yang akan menjadi kelab tuan rumah Kumpulan E, yang juga mengetengahkan Ahal FC (Turkemistan) dan FC Ravshan (Tajikistan) dengan Dushanbe, Tajikistan menyediakan tirai latar untuk perlawanan Kumpulan F, terdiri daripada FC Alay (Kyrgyzstan), Altyn Asyr FC (Turkmenistan), FC Khujand (Tajikistan) dan wakil Uzbekistan, AGMK FC atau FC Nasaf yang bakal ditentukan selepas perlawanan play off Liga Juara-Juara AFC 2021.