KDA FC catat kemenangan tipis ke atas UiTM FC

Kedah Darul Aman (KDA) FC mencatat kemenangan tipis ke atas UiTM FC dalam aksi Liga Super di Stadium UiTM Shah Alam, sebentar tadi.

Kekalahan itu menyaksikan skuad bimbingan Frank Bernhardt masih gagal mencatat kemenangan selepas lima perlawanan dan hanya meraih satu mata setakat ini.

Pelawat yang mendominasi sebahagian besar permainan dan melancarkan beberapa percubaan tepat ke gawang UiTM FC namun tidak membuahkan hasil.

KDA FC dipaksa menunggu sehingga hujung babak pertama untuk mel3dak menerusi satu-satunya gol tunggal perlawanan selepas Faizat Ghazali menyudahkan hantaran Rabih Ataya daripada sepakan percuma pada minit ke-43.

sumber : HM

Babak kedua, UiTM FC berdepan ujian getir untuk bangkit apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Muhd Farid Nezal dilayangkan kad kuning kedua pada minit ke-53. Sekalipun kedua-dua pasukan melancarkan beberapa deretan serangan namun kedudukan kekal 1-0 hingga wisel penamat dibunyikan.