Keadaan Rahadiazli sememangnya merisaukan pengendali TFC

Mal@ng menimpa skuad Terengganu FC (TFC), apabila penjaga gol utama iaitu Rahadiazli Rahalim disahkan telah mengalami kec3deraan pada bahagian lutut semasa menjalani perlawanan latihan dalaman bersama skuad TFC Rabu lepas.

Menurut kenyataan rasmi di laman web TFC, pemain yang berusia 19 tahun itu disahkan mengalami kec3deraan  (ACL) yang menjadi mimpi ng3ri bagi semua pemain bola sepak profesional.

Rahadiazli sebelum ini sempat menjalani latihan dengan skuad Malaysia di Johor pada minggu lepas sebagai persiapan menghadapi kempen Kelayakan Piala Dunia 2022 yang akan datang.

Dalam satu sesi perlawanan latihan dalaman skuad TFC Rabu lepas telah mengundang trag3di yang tidak diingini pasukan apabila Rahadiazli telah disahkan mengalami ACL.

“Rahadiazli yang melayangkan badan dalam satu percubaan melakukan satu tempisan keluar bola cubaan rakan sepasukan tidak berjaya melakukan pendaratan dengan baik dan h3ntakan pada lutvt telah menyebabkan beliau kesak!tan dan diusung keluar padang,” kata kenyataan rasmi TFC

Keadaan ini sememangnya merisaukan pengendali TFC, Nafuzi Zain kerana beliau dan pasukan telah melakukan persediaan bagi perlawanan menentang PJ City FC pada Jumaat ini.

Penjaga gol tersebut mungkin terpaksa berehat panjang untuk menerima r@watan dan ianya bukan sesuatu yang positif untuk diterima oleh semua peminat bola sepak Terengganu.

Penjaga gol Terengganu FC II, Suhaimi Husin dijangka dinaikkan ke skuad utama untuk menggantikan Rahadiazli buat sementara waktu memandangkan pemain ini sudah mempunyai cukup minit bermain serta pengalaman beraksi di pentas Liga Super dan Liga Premier.

Rahadiazli merupakan pemain ketiga TFC yang mengalami kec3deraan ACL selepas mereka turut kehilangan pemain import, Petrus Shitembi dan pemain pertahanan, Azalinullah Alias.