Kebangkitan JDT

Johor Darul Ta’zim (JDT) harus bangkit untuk kembali menemui rentak kemenangan apabila melayani kunjungan Melaka United FC (MUFC) dalam saingan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam esok.

Skuad bimbingan Benjamin Mora tidak boleh lagi keciciran tiga mata selepas mencatat dua keputusan seri sebelum ini iaitu ketika men3ntang Selangor (1-1) di laman sendiri dan Perak (2-2) di Ipoh.

Apa yang diperkatakan Mora mungkin benar mengenai setiap pasukan yang berdepan JDT bagai `naik hantu’ apabila tiba-tiba tampil dengan aksi luar biasa dan itu juga mungkin berlaku apabila melayan MUFC.

Pengendali dari Mexico itu perlu mengambil inisiatif membentuk formasi permainan yang lebih ampuh kerana jika diamati selepas mengharungi empat perlawanan, taktikal yang diterapkan Mora tampak sudah dapat dibaca pasukan lawan.

Malah, beliau juga perlu memperkemaskan lagi ‘set-piece’ apabila meraih sepakan sudut. Ini berikutan ketika aksi men3ntang Perak FC, JDT yang memperoleh 17 sepakan sudut gagal mendapat sebarang jaringan.

Kelibat Bergson Da Silva juga harus mantap bagi membuktikan kredibiliti selaku striker utama. Posisi tengah yang menjadi nadi utama harus memliki kreativiti merencana strategi untuk membantu barisan s3rangan.

Apapun, kehadiran penyokong JDT walaupun dalam skala kecil pada perlawanan itu nanti bakal menghidupkan kembali semangat juang barisan pemain untuk memberi persembahan lebih mantap bagi menjelmakan kembali tiga mata yang terlepas pada dua perlawanan lalu.