kebimbangan penyokong Lang Merah, VIP ‘Scam’ beri cek palsu

Selepas lima kelab ‘tutup di tengah jalan’ membabitkan Marcerra United, Kuantan FA, Hanelang FC, Terengganu City FC (TCFC) dan Batu Dua FC, mungkinkah pasukan Kedah bakal menjadi m@ngsa seterusnya?

Itu persoalan yang timbul selepas viral di laman sosial wajah bekas pemilik dan penaja utama lima kelab terbabit bersama Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md Nor ketika aksi Liga Super menentang Perak hujung minggu lalu.

Kemunculan individu berkenaan bersama Sanusi mencetuskan perdebatan dalam kalangan peminat setia skuad H3lang Merah yang bimbang campur tangan VIP itu dalam pengurusan pasukan.

Malah, ada segelintir penyokong turut menyeru supaya Sanusi berhati-hati dalam berurusan kerana khuatir Kedah menjadi mangsa scam berikutnya tatkala KFA ketika ini sedang giat berusaha mencari pelabur atau penaja bagi meringankan beban kewangan pasukan.

Untuk rekod, VIP berkenaan sebelum ini dikaitkan sebagai punca masalah tunggakan gaji membabitkan puluhan pemain.

Paling mencuri tumpuan musim lalu apabila bekas tonggak import Batu Dua FC (B2FC), Ljuba Baranin mendedahkan dia diberi cek palsu oleh VIP terbabit selain turut menerima layanan buruk khususnya kepada tonggak import.

Individu berkenaan turut dikaitkan sebagai individu utama yang menjadi punca masalah kepada empat kelab, Marcerra United, Kuantan FA, Hanelang dan TFC hingga menyebabkan bekas pemain serta barisan kejurulatihan kelab berkenaan mend3rita tidak menerima gaji dengan anggaran keseluruhan RM5 juta.

sumber : HM

Malah, difahamkan nama VIP terbabit turut berada dalam senarai hitam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang mel@rang individu itu menguruskan mana-mana pasukan dalam saingan Liga Malaysia.