Kec@man itu memang biasa

Penjaga gol skuad bawah 19 (B-19) tahun negara, Syahmi Adib Haikal Mohd Shukri enggan melayan kec@man negat!f yang dilemparkan peminat selepas mengalami kekalahan besar dalam dua aksi persahabatan sebelum ini.

Anak buah Brad Maloney b0los 10 gol dan hanya meled@k satu gol dalam dua aksi persahabatan termasuk tewas 4-0 di tangan Selangor II kelmarin, kira-kira seminggu selepas mereka dibelas@h 6-1 pasukan Liga Super, PJ City.

Namun, Syahmi menegaskan perkara paling penting ketika ini untuk dia dan rakan sepasukan memperbaiki segala kelemahan menjelang Kejuaraan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) di Uzbekistan, Oktober depan.

“Kec@man itu memang biasa, mulut orang. Jadi, apa yang baik kita ambil dan apa yang negat~f kita tolak ke tepi,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di sini, semalam.

“Bagi saya, kalau kena (b0los) dengan gol yang banyak, ia satu pembelajaran bagi kami dan kami kena pertingkatkan lagi apa yang kurang.”

Selain itu, Syahmi yang juga pemain Akademi Mokhtar Dahari (AMD) menjelaskan komunikasi dan ketaj@man penyudah antara perkara yang perlu ditingkatkan pasukannya.

Kami kena tingkatkan komunikasi, sebab ramai pemain baharu di sini, jadi kena perkemaskan komunikasi antara satu sama lain.

“Kami juga perlu perbaiki dari segi penyudah dan penguasaan bola di bahagian tengah. Sebenarnya banyak yang bagus, tapi kami cuma perlukan lagi (permainan),” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *