Kedah lonjak carta Liga

Kedah Darul Aman memastikan tiga mata dalam kerancakan 10 minit terakhir di Stadium Darulman yang menyaksikan Kuala Lumpur (KL) City terpaksa pulang hampa. 

Tchetche Kipre menghadiahkan kemenangan 3-2 buat anak buah Aidil Sahrin Sahak itu dengan meledak dua gol dalam masa kecederaan, sebentar tadi.

Lang Merah terlebih dahulu mengasak menerusi dua percubaan berbah@ya ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar, sebelum pelawat mula menyusun gerakan tetapi buntu dalam deretan sepakan penjuru untuk mengikat kedudukan 0-0 menuju bilik persalinan.

Perlawanan perlawanan bertukar wajah apabila barisan kendalian Bojan Hodak itu mendahului menerusi r3mbatan deras Paulo Josue, namun pengganti kepada Faizat Ghazli — yang terc3dera dalam babak pertama — Fayadh Mohd Zulkifli Amin kembali meletakkan kedudukan 1-1 selepas menerima umpanan Kipre.

Di sebalik melambat-lambatkan perlawanan, The City Boys kembali di depan dengan tandukan pemain import dari Australia, Giancarlo Gallifuoco, tetapi ia hanya menyemarakkan lagi asakan Kedah dan berpeluang menyamakan kedudukan strikerg gantian, Rohaimi Rahman, ditolak dari belakang untuk memenangi sepakan penalti.

Tcheche yang beraksi tanpa gandingan lazimnya, Kpah Sherman, membuktikan teknik sepakannya dari luar kotak penalti pula untuk kemenangan mereka dalam aksi ke-10 minggu ini.

Kemenangan itu menyaksikan Kedah memintas Terengganu yang akan beraksi men3ntang pendahulu, Johor Darul Ta’zim (JDT), malam esok.

Dalam satu lagi pertembungan Liga Super, Selangor terpaksa berpuas hati terikat 2-2 ketika Sabah bertandang ke Stadium MBPJ.

Walaupun Ifedayo Olusegun dua kali mengg3gar gawang untuk meletakkan Gergasi Merah 2-1 di depan pada minit ke-72 — bagi memadam gol pendahuluan Sabah yang diledak Amri Yahyah dalam separuh masa pertama — sebelum kedudukan itu lebur dengan jaringan penyamaan Bobby Gonzalez, dua minit menuju wisel penamat.