Kedah mampu menampilkan aksi terbaik dalam setiap perlawanan – Aidil

Beberapa jurulatih pasukan Liga Malaysia (Liga M) berpandangan format kalah m@ti yang bakal digunakan pada saingan Piala Malaysia musim ini, memberi peluang terbuka kepada semua pasukan untuk bergelar juara.

Ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak yang membimbing skuad Lang Merah ke pentas final pada musim lalu, mengakui tekanan sebenarnya berpihak kepada pasukan pilihan, namun percaya pemainnya mampu menampilkan aksi terbaik dalam setiap perl@wanan.

“Bagi saya, tidak kira siapa lawan sekali pun, saya hanya ingin tekankan prestasi pasukan saya sahaja untuk mereka buat yang terbaik, walaupun lawan mereka adalah pasukan hebat sekali pun,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini.

Dalam pada itu, Aidil mahu anak buahnya menampilkan aksi 100 peratus dan tidak terlalu memikirkan siapa lawan yang bakal mereka hadapi nanti.

“Apatah lagi peringkat kalah m@ti ini, saya percaya pasukan yang bukan menjadi pilihan dan yang berada lebih bawah daripada kami dalam liga akan menjadi lawan yang merb@haya, kerana pastinya tekanan lebih kurang berbanding kami,” kata jurulatih dari Singapura itu.

Dalam pada itu, Ketua jurulatih Pahang, Dollah Salleh berkata skuad Tok G@jah bersedia bertemu mana-mana pasukan, selepas beberapa pemain utamanya sudah pulih daripada kecederaan.

“Tempoh rehat sedia ada ini nyata dapat dimanfaatkan sepenuhnya, apabila hampir semua pemain utama Pahang berada di tahap kecergasan terbaik dan ini satu perkembangan yang melegakan,” kata bekas pengendali skuad kebangsaan itu.

Undian Piala Malaysia akan berlangsung pada Ahad ini dengan perlawanan pusingan pertama pada 6, 7 dan 8 November, diikuti suku akhir (12 dan 13 November), separuh akhir (17 November), dan aksi final pada 22 November.

Pasukan yang diundi berdepan Sabah pada pusingan pertama, layak secara automatik ke peringkat seterusnya.

Sabah tidak dapat bertanding pada saingan Piala Malaysia 2020 setelah tidak mendapat kebenaran keluar daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN), susulan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di negeri berkenaan bagi membendung penularan pandemik COVID-19.

sumber : BH

Sebanyak 15 pasukan melibatkan 10 pasukan Liga Super dan lima pasukan Liga Perdana bakal bersaing pada kempen Piala Malaysia kali ini.