Kehadiran Import baharu, pertukaran nombor Jersi Hazwan

Peny3rang import Argentina, Jonathan Carlos Herrera sah menyertai Johor Darul Ta’zim (JDT) bagi mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Menerusi Facebook Johor Southern Tigers, pemain berusia 29 tahun itu melengkapkan perpindahan ke kelab H@rimau Selatan itu dengan disaksikan Pengarah Teknikal Kelab Bolasepak JDT, Alistair Edwards dan pengendali JDT, Benjami Mora.

Bekas pemain Central Cordoba dalam Liga Premier Argentina itu akan mengenakan jersi No.9 yang pernah digunakan Ahmad Hazwan Bakri yang bertukar kepada jersi No.18 bagi saingan musim ini.

Peny3rang Argentina itu memiliki rekod cemerlang dengan menjadi penjaring terbanyak dalam empat divisyen liga bola sepak negara Amerika Latin itu selain menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman bersama Deportivo Riestra selepas meledak lebih 100 gol.

sumber : UM

Herrera sebelum ini pernah beraksi bersama Centro Epanol, selain pernah dipinjamkan ke Atletico Venezuela, Ferro Carril Oeste dan Audaz Italiano.