Kekalahan besar bertemu JDT, faktor utama Perpindahan

Walaupun saingan Liga Malaysia (Liga M) belum melabuhkan tirai, sudah timbul pelbagai spekulasi membabitkan perpindahan pemain atau jurulatih untuk musim depan.

Apa yang menariknya, terdapat spekulasi membabitkan ketua jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak yang dikatakan kemungkinan bakal berhijrah ke pasukan Perak.

Aksi kurang menyerlah dan kekalahan memalukan 0-7 di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam aksi Liga Super, Jumaat lalu didakwa menjadi antara faktor kedudukan Mehmet Durakovic sebagai jurulatih The Bos Gaurus tidak selamat.

Spekulasi perpindahan Aidil itu tampak bukan hanya khabar angin apabila menurut sumber, akan ada perbincangan awal antara wakil pengendali dari Singapura itu bersama Persatuan Bolasepak Perak (PAFA).

“Masih terlalu awal, namun minat yang ditunjukkan Perak untuk mendapatkan khidmat Aidil tampak tinggi dan diharap semuanya berjalan baik,” kata sumber itu.

Pencapaian Durakovic membimbing Perak sejak 2017 dilihat tidaklah terlalu mengec3wakan selepas dia berjaya menjulang Piala Malaysia 2018 selain muncul naib juara Liga Super 2018 bersama skuad itu.

sumber : BH

Aidil juga memiliki kredibiliti yang baik selaku jurulatih yang dianggap muda selepas berjaya menghadiahkan Piala FA pada musim pertamanya di Liga M bersama Kedah tahun lalu.