Kekosongan Ishak Boussouf diisi Luqman Hakim

City Football Group (CFG) yang memiliki beberapa kelab ternama di Eropah seperti Manchester City telah menandatangani salah seorang wonder kid KV Kortrijk iaitu Ishak Boussouf.

Boussouf merupakan pemain yang dipinjam oleh Kortrijk daripada kelab Algeria, ES Setif selama semusim bagi menghadapi saingan musim 2019/2020.

Pemain berusia 18 tahun ini beraksi di p0sisi sayap dan telah dilabel sebagai the next Riyadh Mahrez, salah seorang pemain Algeria yang beraksi bersama Manchester City dalam sa!ngan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Manchester City dilihat sebagai destinasi yang sesuai bagi Boussouf kerana skuad kendalian Pep Guardiola itu kehilangan takhta EPL kepada Liverpool, sekaligus membuatkan Pep mahu membina semula pasukannya bagi mencabar kejuaraan musim hadapan.Akan tetapi, satu lagi kelab Belgium, Lommel S.K. menjadi satu lagi destinasi bagi Ishak Boussouf kerana kelab itu turut dimiliki oleh CFG.

Kekosongan yang ditinggalkan oleh Boussouf bakal diisi oleh penyrang skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim yang akan menyertai KV Kortrijk dalam masa terdekat.

sumber : Vockerfc

Luqman dijangka ber@ksi bersama skuad pembangunan Kortrijk, sekaligus berpeluang untuk mendapat tempat dalam pasukan utama jika menampilkan prestasi cemerlang.