Kekuatan dan kelemahan JDT sudah ada dalam gengaman

Ketua jurulatih Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Aidil Shahrin Sahak mengakui maklumat daripada Khairul Azman Mohamad membantunya merangka strategi terbaik men3ntang Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi sumbangsih merebut Piala Sultan Ahmad di Stadium Sultan Ibrahim.

Pengendali dari Singapura itu tidak menafikan beberapa maklumat mengenai kekuatan dan kelemahan JDT sudah dikongsi oleh bekas jurulatih penjaga gol JDT itu menjelang aksi pembuka tirai Liga Super berkenaan.

Saya bawa Khairul Azman ke KDA FC bukan untuk mendapatkan maklumat mengenai JDT tapi lebih kepada pengalamannya.

“Namun, ia perkara biasa setiap jurulatih tidak kira Khairul Azman atau penolong jurulatih akan beri `tip’ mengenai kekuatan dan kelemahan pasukan lawan,” katanya pada sidang media praperlawanan hari ini.

Aidil turut mengesahkan pemain pertahanan Renan Alves masih belum cergas 100 peratus untuk diturunkan pada aksi itu.

Katanya, dia tidak perlu berahsia mengenai ketiadaan Renan itu kerana sudah ada pengganti bagi mengisi tempatnya.

Senario itu bukan baharu buat saya selepas beberapa kali kehilangan pemain utama untuk diturunkan dalam perlawanan penting. Apa yang penting 11 pemain yang diturunkan memberi sepenuh komitmen apabila beraksi di padang.

“Selain Renan yang tidak cergas, pemain pertahanan Md Ariff Farhan Md Isa juga diketepikan selepas masih belum pulih daripada kec3deraan di bahagian kepala. Jadi, saya tidak mahu ambil risik0 kerana dia perlu lebih kurang dua atau minggu untuk pulih.

“Saya juga ada mendapat maklumat JDT akan menurunkan Fernando Rodriguez dan pernah beraksi bersama kami namun itu tidak merisaukan kami kerana pasukan lawan memiliki 11 pemain berkualiti dan perlu berwaspada dengan corak taktikal mereka,” katanya.

Sementara itu, kapten pasukan, Baddrol Bakhtiar mahu menjadi kemenangan merangkul Piala Sultan Ahmad Shah pada musim 2017 ketika tewaskan JDT 5-4 menerusi sepakan selepas seri 1-1 bakal penc3tus semangat untuk turun beraksi dengan konsisten.

“Pengalaman itu bakal dijadikan azimat untuk beri persembahan terbaik berdepan JDT dan kita tahu dengan norma baharu apabila terpaksa rehat selama lima bulan namun kami akan berusaha beri yang terbaik untuk bawa pulang tiga mata dan piala pertama musim ini,” kata Baddrol.