KELANTAN dan Kelantan United ke saingan Piala Malaysia

KELANTAN dan Kelantan United mengesahkan slot ke saingan Piala Malaysia selepas mencatatkan kemenangan tipis pada aksi Liga Premier.

Sebelum ini, juara Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan pendatang baharu Kuching FA, telah pun mengesahkan slot ke saingan berprestij itu yang menyaksikan pasukan simpanan seperti Terengganu FC II, Johor Darul Ta’zim (JDT) II dan Selangor 2 tidak layak beraksi.

Kelantan mengejutkan JDT II dengan kemenangan tipis 1-0 di Stadium Tan Sri Haasan Yunos menerusi jaringan tunggal Muhammad Danial Ashraf Abdullah pada minit ke-28 untuk melonjak ke tempat kelima dengan 15 mata.

Aksi itu bagaimanapun dicemari insiden kad merah yang dilayangkan pengadil kepada pemain JDT II Muhammad Adib Zainudin kerana mengasari Felix Chidi Odili pada minit ke-31.

Kelantan United pula berjaya mengatasi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) FC untuk slot Piala Malaysia berdasarkan kelebihan jaringan walaupun kedua-dua pasukan berkongsi 12 mata selepas mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Selangor 2 di Stadium Sultan Muhammad IV.

Pasukan pelawat terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Ahmad Danial Ahmad Asri pada minit ke-14 namun Kelantan United bangkit menerusi jaringan Muhamad Shahrul Hakim Rahim pada minit ke-28 dan Alfusainey Gassama pada minit ke-57.

Terengganu FC II pula berjaya melebvrkan rekod tanpa kalah Pulau Pinang menerusi kemenangan 1-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah menerusi jaringan striker import dari Ghana Jordan Mintah pada minit ke-87.

Turut berlangsung selepas perlawanan itu, majlis penyampaian Piala Liga Premier 2020 yang disempurnakan Exco Belia dan Sukan Pulau Pinang Soon Lip Chee.

Perlawanan lain menyaksikan UKM FC mencatatkan kemenangan 2-1 ke atas Perak II di Arena Universiti Malaya manakala Sarawak United mengejutkan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Satu lagi aksi melibatkan Kuala Lumpur dan Kuching FA di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras yang sepatutnya berlangsung malam ini, telah ditunda ke tarikh lain kerana pemain dan pegawai Kuching FA perlu menjalani kvarantin bermula 4 hingga 18 Oktober.

Tiada penyingkiran bagi dua pasukan tercorot Liga Premier musim ini apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) membuat keputusan untuk membatalkan Liga M3 susulan pand3mik C0vid-19.