Kelantan United menerapkan DNA Samurai

KETUA jurulatih Kelantan United,­ Akira Higashiyama sedia menerapkan falsafah bola sepak Jepun ke dalam pasukan itu menjelang saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Kemasukan tiga pemain import dari Jepun, Masashi Moto­yama, Yuki Tanigawa dan Shuhei Fukai dijangka memudahkan tugas Higashiyama dalam menerap­kan semangat samurai ke dalam pasukan tersebut.

Kata Higashiyama, beliau percaya tiga pemain Jepun itu mampu membantu beliau menghasilkan keputusan positif memandangkan sudah mengenali gaya permainan mereka.

“Sebenarnya saya mahu terapkan gaya permainan bola sepak Jepun ke dalam Kelantan United walaupun tahu ia bukannya mudah kerana budaya bola sepak yang berbeza.

“Atas sebab itu saya bawa masuk tiga pemain Jepun dan diharapkan ia membuahkan hasil. Saya yakin mereka mampu beri pengaruh besar terhadap gaya permainan musim ini,” kata pe­ngendali berusia 32 tahun itu.

Beliau turut menegaskan, kehadiran Motoyama yang berusia 41 tahun mampu memberi pengaruh positif kepada pemain-pemain muda kerana pernah menyarung jersi pasukan kebangsaan Jepun.

Higashiyama juga berharap pemain-pemain senior tempatan seperti Mohd. Badhri Radzi dan Fitri Omar boleh mencurahkan segala ilmu kepada pemain-pemain lain.

“Motoyama beraksi di sini buat pertama kali, walaupun sudah berusia 41 tahun tetapi peranannya lebih kepada untuk membimbing pemain-pemain di dalam padang.

sumber : Konline

“Selain itu, Piya (Badhri) juga mungkin ada pengaruh tersendiri sekiranya dia masih ada ke­sungguhan untuk bermain. Saya tahu kualiti yang dia miliki, namun itu bergantung pada persediaannya,” ujarnya.