Kelihatan lebih ‘elegant‘, Jadikan sebagai Baju Raya 2021

Semalam, pasukan Kelantan FC secara rasmi telah melancarkan jersi baharu pasukan untuk aksi Liga Premier musim 2021 secara atas talian menggunakan laman sosial Facebook mereka.

3 jersi yang dilancarkan semalam iaitu jersi home, away dan alternatif telah berjaya membuatkan penyokong pasukan Kelantan sangat teruja dengan rekaan yang kena dengan citarasa mereka terutama dari segi warna serta penggunaan ‘checkered box’.

Berdasarkan video pelancaran dan juga maklumat yang dihebahkan, harga jersi Kelantan FC musim 2021 ini berharga RM189 untuk edisi premium termasuk sehelai mafla pasukan. Untuk mereka yang mahu menambah nama dan juga nombor, tambahan RM25.

Jersi hitam emas dilihat sebagai satu tarikan yang mungkin mampu menggugat jersi utama Kelantan FC berdasarkan komen-komen penyokong The Red Warri0rs selepas melihat pelancaran jersi tersebut, yang kelihatan lebih ‘elegant‘.

Ada juga komen yang menyatakan bahawa mereka seolah-olah sudah membuat keputusan untuk membeli jersi pasukan untuk dijadikan sebagai baju raya 2021!

Beginilah maklum balas yang diterima daripada penyokong-penyokong Kelantan FC yang sememangnya ‘lapar’ bola dan tidak sabar untuk memiliki jersi keramat The Red Warri0rs musim ini selepas diambil alih oleh ZamSaham.

Jersi Kelantan FC kini boleh dibeli secara online melalui platform Shopee, dan semua tempahan kini dibuat secara pre-order yang akan dihantar dalam tempoh 30 hari mengikut maklumat yang dipaparkan.

Sek kito jange pecoh!