Kemenangan Tanpa Gaji

Tunggakan gaji tampak tidak menjejaskan semangat pemain Perak FC apabila Bos Gaurus bangkit daripada ketinggalan untuk men3waskan pasukan tercorot Liga Super, UiTM FC 3-2 di Stadium Perak, sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan anak buah Chong Yee Fatt menamatkan kemarau kemenangan dalam empat perlawanan berturut-turut dan mengumpul lapan mata untuk berada di kedudukan kelapan.

UiTM pula terus bergelut di zon penyingkiran apabila hanya meraih satu mata daripada tujuh perlawanan musim ini.

Bos Gaurus yang sebelum ini dilaporkan berdepan isu tunggakan gaji selama dua bulan ketinggalan pada minit ke-19 selepas peny3rang UiTM, Nana Poku menyempurnakan sepakan penalti.

Poku mengukuhkan kedudukan buat pelawat apabila meledak gol kedua pada minit ke-40, namun Careca berjaya merapatkan jurang buat Perak pada masa kec3deraan babak pertama.

Usaha keras pemain Perak akhirnya membuahkan hasil apabila Guilherme De Paula meledak gol penyamaan selepas menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-69.

Sumber : BH

Tidak cukup dengan itu, Careca menceriakan kem Perak apabila menjaringkan gol kemenangan selepas menyudahkan hantaran Kenny Pallraj ketika masa sebenar perlawanan berbaki 13 minit.