kemenangan tipis Kelantan FC, Ragini mohon maaf

Pengendali Kelantan FC, Marco Ragini memohon maaf kepada penyokong The Red Warriors (TRW) selepas pasukannya hanya mampu melakar kemenangan tipis 2-1 ke atas Skuad Projek FAM-MSN di Stadium UiTM Shah Alam semalam.

Ragini tanpa berselindung menyifatkan permohonan maaf itu wajar selepas skuad kendaliannya gagal memperagakan aksi sebenar pada perlawanan tersebut.

“Saya tahu penyokong mahukan lebih lagi kerana mereka cukup sayangkan pasukan ini (TRW) tetapi kita gagal untuk berbuat demikan (mempergakan aksi terbaik dalam perlawanan tersebut),” katanya.

Jurulatih kelahiran San Marino itu memberitahu, ada kalanya beliau kecewa dengan persembahan yang diperagakan oleh barisan pemain apabila gagal memanfaatkan peluang terhidang.

Katanya, selepas ini dia mahu barisan pemain TRW terus fokus untuk mengatasi kelemahan tersebut.

“Kami perlu bekerja kuat lagi terutama dalam aspek ketahanan mental.

Hal ini kerana tanggungjawab terhadap pasukan amat besar untuk memberikan keputusan positif kepada TRW,” ujarnya.

Dalam aksi tersebut, skuad kendalian Yusri Che Lah mencuri tumpuan apabila membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh menerusi Azhad Harraz.

Kelantan FC kembali mengikat kedudukan menjadi 1-1 pada minit ke sembilan menerusi Mior Dani Armin.

sumber : UM

Nurshamil Abd. Ghani menjadi wira TRW apabila meledak gol kemenangan Kelantan pada minit ke-90, sekali gus memberikan kelegaan buat Kelantan FC yang sebelum itu tumbang kepada Perak II FC pada aksi pembukaan minggu lalu.