Kemungkinan besar akan kembali ke liga Malaysia – Sumareh

Pemain naturalisasi pertama negara, Mohamadou Sumareh yang baru berhijrah ke Liga Satu Thailand, Police Tero FC akan terus mewakili Harimau Malaya.

Pemain sayap berusia 26 tahun itu yang menyelesaikan perpindahannya ke Police Tero FC pada 7 September lepas itu berkata, beliau akan bermain untuk pasukan Malaysia apabila khidmatnya diperlukan jurulatih.

“Apabila kami ada tugas untuk skuad negara, saya perlu pulang dan mewakili Malaysia,” katanya baru-baru ini.

Ditanya sama ada beliau akan kembali ke dalam Liga Bola Sepak Malaysia pada masa akan datang, Sumareh berkata, kemungkinan besar

“Saya tidak pasti pasukan mana … saya tidak mahu tumpukan perkara itu sekarang. Saya di sini (Police Tero). Saya mahu menyerlah di sini.

“Saya tidak tahu bagaimanakah masa depan saya … bila tiba masanya, saya akan nampak di mana kesudahan saya pada masa akan datang,” katanya.

Sumareh menyertai rakan sepasukan dalam skuad negara, Dominic Tan yang menandatangani kontrak dua tahun bersama Police Tero FC, Julai tahun lepas.

Sumareh juga berterima kasih kepada peminatnya yang menyokong beliau bermain di liga luar negara.

sumber : SH

“Saya gembira mereka mahu melihat saya beraksi di sini. Peminat Malaysia sangat menyokong pemain yang berhijrah ke luar negara,” katanya.