kemungkinan saingan Liga-M musim depan hanya akan melibatkan satu liga sahaja

SAINGAN Liga Malaysia (Liga-M) tahun depan dijangka suram di sebalik pelbagai masalah terutama isu kewangan yang melanda pasukan ketika mendepani cab@ran C0v!d-19 yang sedang mel@nda negara ketika ini.

Bekas pemain kebangsaan, Datuk Jamal Nasir Ismail turut tidak menolak kemungkinan saingan Liga-M musim depan hanya akan melibatkan satu liga sahaja memandangkan banyak pasukan akan menghadapi masalah gagal membayar tunggakan gaji pemain sekali gus tidak mendapat lesen kebangsaan.

Malah, menurutnya ada beberapa pasukan juga masih belum melengkapkan proses penswastaan kelab merangkumi pemisahan dari Persatuan Bola Sepak (FA) ke Kelab Bola Sepak (FC) selewat-lewatnya pada 30 September dan berisiko tidak dapat beraksi dalam saingan Liga-M musim depan.

“Masalah utama pasukan ketika ini adalah kewangan sama ada hutang atau tunggakan gaji pemain berjumlah jutaan ringgit. Kita tahu beberapa pasukan yang ada hutang kerana dilaporkan dalam media, dan mungkin ada lagi pasukan menghadapi masalah sama, tetapi tidak dilaporkan.

“Dalam keadaan sekarang nak cari penaja pun susah kerana mereka berkira-kira untuk memberikan tajaan dalam keadaan C0v!d-19 ketika ini. Jadi, mana pasukan nak cari duit bayar tunggakan gaji pemain dan hutang yang menjadi syarat utama untuk mendapatkan lesen kebangsaan dan layak beraksi dalam saingan liga musim depan?

“Ditambah pula dengan syarat perlu melengkapkan proses penswastaan kelab yang setakat ini masih banyak pasukan gagal berbuat demikian,” katanya kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Terdahulu, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberikan amaran tidak akan memberikan lesen kebangsaan kepada pasukan Liga-M yang gagal menyelesaikan tunggakan gaji pemain masing-masing musim ini sekali gus tidak dibenarkan beraksi musim hadapan.

Mengulas lanjut, kata Jamal Nasir, untuk mengelakkan pasukan gagal mendapatkan lesen kebangsaan atau melengkapkan proses penswastaan, FAM tidak mempunyai pilihan selain melonggarkan syarat kepada pasukan terjejas untuk memohon lesen tersebut.

sumber : SH

“Untuk sementara ini, melonggarkan syarat menjadi langkah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan banyak pasukan gagal beraksi musim depan. Memang kita kena tegas, tetapi dalam keadaan C0v!d-19 ini kita juga kena fikir kesusahan yang dialami pasukan,” katanya.