Kenapa ramai sangat dengki dengan pasukan JDT?

Kejayaan demi kejayaan yang ditempa Johor Darul Ta’zim (JDT) menyaksikan mereka layak bergelar ‘Raja Bolasepak Malaysia’ yang baharu.

Berdasarkan tujuh kejuaraan Liga Super berturut-turut selain kejayaan menjulang Piala AFC 2015 serta trofi domestik yang lain, skuad H@rimau Selatan itu jelas berada jauh meninggalkan pencabar lain dalam kancah bola sepak tempatan.

Malah, tidak dinafikan ada ‘mata-mata’ yang cemburu dengan pencapaian cemerlang yang diraih pasukan itu dan satu soalan dilontarkan penyokong bola sepak tempatan kepada Tunku Ismail Sultan Ibrahim menerusi laman Instagramnya semalam.

Soalan itu berbunyi ‘Kenapa ramai sangat dengki dengan pasukan JDT?’ dan Tunku Ismail yang juga pemilik pasukan membalas pasukan terbaik sudah pasti menjadi tumpuan ramai pihak.

“Kenapa ramai dengki dengan Bayern Munich di Germany? PSG di France, Juventus di Italy dan Man City di England?

“When you’re on top, you attract losers with opinions,” kata Tunku Ismail.

Dalam masa sama, Tunku Ismail juga menegaskan yang beliau tidak ada masalah dengan Selangor mahupun orang dari negeri terbabit.

Bagaimanapun, dia tidak gembira dengan segelintir individu dalam Selangor FC (SFC) yang didakwa mengejar kepentingan peribadi dan menggunakan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“For the last time, saya tiada masalah dengan Selangor. Saya membesar di Johor, Selangor dan Perak. Di Selangor Seksyen 9 Shah Alam. Saya ramai kawan dan pekerja dari Selangor. Saya tiada masalah dengan Selangor or orang Selangor.

sumber : BH

“Saya cuma ada masalah dengan segelintir individu di dalam Selangor FC kerana baling batu sembunyi tangan dan mengguna DYTM RMS demi kepentingan peribadi. Itu sahaja,” katanya.