Keputusan itu sekali gus tutup mulut Netizen

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) boleh senyum lebar selepas permohonan mereka menyertai saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) musim ini diluluskan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Mengesahkan perkara itu, Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John berkata keputusan berkenaan dibuat pada mesyuarat EXCO badan induk berkenaan, di sini, semalam.

“Jawatankuasa pertandingan dan EXCO sudah luluskan permohonan JDT. Ya, (mereka akan bertanding untuk edisi tahun ini),” kata Windsor.

BH Sukan sebelum ini melaporkan status penyertaan JDT di ACL secara tiba-tiba menjadi tanda tanya selepas timbul dakwaan bahawa AFC menolak pendaftaran mereka untuk ke saingan itu.

Tindakan itu didakwa berpunca daripada kegagalan skuad Benjamin Mora menghabiskan baki aksi peringkat kumpulan di Doha, musim lalu akibat pand3mik C0VID-19.

Tindakan menarik diri itu sebenarnya terpaksa dilakukan JDT selepas kerajaan tidak membenarkan pergerakan keluar masuk di pintu sempadan negara sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Dakwaan penolakan pendaftaran JDT oleh AFC bagaimanapun dipertikai beberapa pihak kerana ia dianggap tidak adil buat skuad Harimau Selatan selain ada yang menyifatkan juara Liga Super tujuh kali berturut-turut itu sebagai m@ngsa keadaan.

sumber : BH

Undian ACL 2021 akan berlangsung esok dengan skuad JDT diletakkan dalam balang tiga.