Keputusan seri ibarat kalah, Jaring gol atau potong gaji

Pemain-pemain Kelantan perlu membuktikan bahawa gaji yang diterima ketika ini berbaloi dengan aksi yang dipamerkan di atas padang atau bakal berdepan pemotongan gaji.

Amar@n itu disuarakan pemilik baharu Kelantan, Norizam Tukiman apabila melihat pasukan The Red Warriors (TRW) gagal melakar kemenangan ke atas Selangor II selepas sekadar seri tanpa jaringan dalam aksi Liga Perdana, kelmarin.

Dia mengakui kec3wa de­ngan keputusan itu yang mana Kelantan sepatutnya mampu menjaringkan tiga gol atau lebih selepas dihidangkan beberapa peluang yang sepatutnya diterjemahkan dalam bentuk jaringan termasuk sepakan penalti yang disia-siakan peny3rang import Lazarus Kaimbi.

“Keputusan seri ibarat kalah bagi saya. Sebagai pemilik baharu pasukan sudah pasti saya mahu kemenangan kerana ini bukan harapan saya seorang tetapi penyokong sendiri.

“Saya bukan janji apa-apa (sebelum perl@wanan), tapi kalau main bagus anda layak dapat Ferrari atau Porsche ia ibarat macam itu lah tapi kalau tidak jaringkan gol, bukan saya naikkan gaji tetapi kurangkan gaji.

“Ia perkara yang logik akal… bayar gaji pemain berpuluh ribu, pasti kita mengharapkan pulangan dari segi persembahan yang bagus. Pada saya pemain import ini bermain seperti tidak layak dibayar gaji mahal.

“Saya akan berbincang dengan orang yang tahu tentang kontrak kalau boleh ubah saya akan ubah. Contoh gaji mereka RM50,000 mungkin hanya akan bayar RM20,000 jika gagal berada dalam kesebelasan utama, prestasi kurang memuaskan dan juga gagal menang.,” katanya selepas perl@wanan, kelmarin.

Dalam pada itu, pengendali Kelantan, Yusri Che Lah memohon maaf kepada pemilik baharu TRW kerana tidak dapat menghadiahkan kemenangan kepada beliau ekoran kegagalan pemain menyempurnakan peluang

terhidang menyebabkan pasukan terpaksa berpuas hati membawa pulang satu mata ke Kota Bharu.

“Secara jujur, saya redha tapi sepatutnya kita menang. Saya mohon maaf tidak dapat bagi kemenangan kepada pemilik baharu yang hadir.

sumber : UM

“Semoga pemain dapat ambil iktibar daripada perl@wanan ini. Untuk keputusan ini saya mengambil tanggungjawab dan akan memperbaiki kelemahan pasukan untuk perl@wanan akan datang,” katanya.