Keputusan (untuk membenarkan) Liga-M sudah diluluskan

MENTERI Kanan Kes3lamat@n, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menegaskan keputusan untuk membenarkan Liga Malaysia (Liga-M) berjalan tanpa kehadiran penonton adalah kekal.

Jelas Ismail Sabri, keputusan itu adalah selaras kebenaran daripada pihak kerajaan yang menetapkan tarikh kejohanan bersifat kontak fizik@l bermula 15 Ogos ini.

Menurutnya lagi, beliau menggesa mana-mana pihak tidak terkeliru di sebalik mesyuarat menteri-menteri yang melibatkan 20 kementerian setiap Isnin dan Khamis.

“Ia juga melibatkan ketua jabatan seperti ketua polis, panglima angkatan t3ntera, Peguam Negara, Ketua Pengarah Imigresen, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan B3ncana Negara (Nadma), Ketua Pengarah Agensi Penguatku@saan Maritim Malaysia (APMM), Ketua Pengarah Rela dan yang berkaitan.

“Ia adalah salah satu prosedur biasa bagi membincangkan perkembangan kini isu C0v!d-19 yang melanda di negara ini.

“Keputusan (untuk membenarkan) Liga-M sudah diluluskan tanpa sebarang penonton.

“Cuma jika KKM memberikan nasihat untuk sebarang perubahan baharu, barulah ada perubahan itu (menentukan status Liga-M sama ada diteruskan atau sebaliknya),” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Terdahulu, pihak kerajaan membenarkan kejohanan kontak fizikal dibenarkan bermula 15 Ogos ini.

Pihak kerajaan hanya membenarkan aktiviti kejohanan dan pertandingan yang dibenarkan perlu diadakan tanpa membabitkan penonton dan ia perlu dilangsungkan di peringkat negara sahaja.

Pihak kerajaan sebelum ini juga telah membenarkan aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal seperti bola sepak, ragbi, bola kerajang, takraw serta sukan tempur dan boleh beroperasi bermula 15 Julai lalu.

sumber : SH

Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) telah membenarkan setiap pasukan Liga Super dan Liga Premier untuk. mengadakan perl@wanan persahabatan sejak 2 Ogos lalu sebagai persiapan sebelum beraksi di Liga-M pada 26 Ogos ini.