Kerana Liridon penyokong berang

Newcastle Jets mengalami kekalahan ke-7 berturut-turut dalam saingan Liga Australia apabila baru-baru ini mereka tunduk kepada Melbourne Victory dengan keputusan 2-1.

Kekalahan ini turut diwarnai dengan penyokong Newcastle yang tidak berpuas hati apabila pemain tengah pinjaman, Liridon Krasniqi tidak diletakkan dalam kesebelasan utama dan hanya dimasukkan pada separuh masa kedua.

Tinjauan kami di laman media sosial Facebook kelab itu mendapati segelintir penyokong nyata kec3wa dengan tindakan ketua jurulatih, Craig Deans meletakkan Liridon di bangku simpanan.

Penyokong berpendapat Liridon mempunyai kualiti untuk menghidupkan bahagian tengah pasukan dan beliau sepatutnya disenaraikan dalam kesebelasan utama, atau dimasukkan lebih awal sebagai pemain gantian.

Kekalahan di tangan Melbourne Victory menyebabkan Jets kini menduduki tangga ke-11 dalam carta liga dan kedudukan ini nyata tidak disenangi oleh penyokong.

Seorang lagi pemain tengah pinjaman, Syahrian Abimanyu turut diletakkan di bangku simpanan dan beliau dimasukkan pada minit ke-89.