Sukan

Kerap memanaskan bangku simpanan, beto tinggalkan Perak

Pemain tengah Perak, Ahmad Khairil Anuar

Ahmad Zamri mengambil keputusan meninggalkan skuad ‘The Bos Gaurus’ bagi mendapatkan lebih banyak peluang beraksi secara lebih kompetitif.

Pemain kelahiran Ipoh itu yang mesra dengan panggilan ‘Beto’ menegaskan, kekurangan peluang beraksi di bawah pengendali Perak, Mehmet Durakovic pada musim ini, jelas menyukarkan dirinya untuk memburu tempat dalam skuad H@rimau Malaya.

Beto yang boleh beraksi di bahagian sayap mengakui, beliau masih teruja untuk kembali menyarung jersi skuad kebangsaan setelah kali terakhir membuat penampilan di bawah pengendali kelahiran Portugal, Nelo Vingada pada 2017.

“Kali terakhir saya beraksi bersama skuad kebangsaan adalah ketika kita t3was 1-4 kepada Korea Utara pada 2017, jadi saya memang teruja untuk kembali dipanggil untuk menyertai skuad kebangsaan.

“Di Perak pun, saya jarang diturunkan dan saya tak mahu prestasi terjejas kerana saya perlukan lebih minit permainan. Kali terakhir saya diturunkan beraksi adalah sewaktu Perak menentang Kelantan United dalam saingan Piala Malaysia pada 7 November lalu,” kata bekas pemain skuad H@rimau Muda itu.

Sementara itu, Beto mengesahkan beliau sedang mengadakan rundingan dengan sebuah pasukan kelab di Lembah Klang dan bakal menandatangani kontrak dalam tempoh terdekat sekiranya mencapai persetujuan dengan pasukan berkenaan.

“Bagi saya, musim 2021 adalah tapak bagi saya untuk bangkit semula dan mencipta nama bersama pasukan baharu yang bakal saya wakili,” jelasnya.

Beliau memulakan karier bersama skuad Piala Belia (Bawah 19 tahun) Perak pada 2012, sebelum menyertai skuad Piala Presiden (Bawah 21 tahun) Perak setahun kemudian dan menyaksikan beliau membantu negeri berkenaan muncul juara pada 2014.

Beto pernah disenaraikan oleh bekas pengendali skuad B-19 negara, Datuk Ong Kim Swee untuk menyertai skuad H@rimau Muda pada 2013, namun mengambil keputusan kembali ke Perak, setahun kemudian.

Sumber : BH

Beliau diserapkan ke dalam skuad Liga Super Perak pada 2015, namun bergelut mendapatkan tempat apabila pasukan berkenaan dibimbing oleh mendiang Karl-Heinz Weigang dari Jerman pada 2016.