Kes Natxo Insa akan didengar pada Khamis ini

Kes menolak pengadil dalam aksi Liga Super membabitkan pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa akan didengar pada Khamis ini sekali gus nasibnya akan ditentukan oleh Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada tarikh itu.

Jelas Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, pihaknya menafikan dakwaan sesetengah pihak yang menvduh badan induk itu sengaja melewatkan kes Natxo ketika Jawatankuasa Tatatertib yang bersidang pada 24 Mac lalu hanya membicarakan empat kes membabitkan pemain Kelantan FC, Melaka United, Selangor FC II dan Petaling Jaya City FC.

Menurutnya, kelewatan kes Natxo adalah disebabkan oleh kitaran tarikh pendengaran pada bulan depan memandangkan insid3n itu berlaku tiga hari sebelum mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib FAM.

Keputusan dibuat tidak memihak mana-mana pihak dan tak ada kaitan dengan mana-mana pasukan. Di sini saya nak jelaskan juga kes Natxo di mana Jawatankuasa Tatatertib bersidang buat kali pertama pada 24 Mac, manakala kes Natxo berlaku 21 Mac.

Ia tiga hari sebelum jawatankuasa bersidang, tetapi kita tak dengar pula komen-komen kelewatan kes yang mengambil 18 hari (pemain Kelantan), atau Selangor 16 hari dan 11 hari.

Perjumpaan jawatankuasa kali kedua pada 1 April dan oleh itu bermulanya pengiraan dari 21 Mac hingga 1 April. Kita kena faham, setiap pemain dan pegawai diberi peluang dan ruang untuk membela diri.

“Maka proses (pemain menjawab surat pembelaan) itu mengambil masa dan sebab itu Natxo kena tunggu kitaran seterusnya pada bulan depan,” katanya pada sidang media pelancaran Liga SupeRimau FAM di sini, hari ini.

Sebelum ini, Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Baljit Singh Sidhu mengumumkan hukvman am@ran keras dikenakan ke atas pemain Kelantan FC, Jack Hindle kerana men0lak pengadil hingga terjatvh dalam aksi Liga Perdana, 6 Mac lalu.

Bagaimanapun, hukvman lebih berat dikenakan terhadap pemain PJ City, Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri yang digantvng dua perlawanan meskipun hanya melakukan kes@lahan simulasi dan bukannya bertindak gan@s men0lak pengadil.

sumber : UM

Lantas keputusan itu menimbulkan sp3kulasi kerana Natxo berkemungkinan menerima hukvman sama seperti Hindle atas tindakannya menolak pengadil, Noor Azriel Baharudin ketika pasukan itu bertemu Perak FC, malah kesnya tidak dibicarakan bersama kes Ahmad Khairil dan Hindle.