Kesilapan individu jadi punca

Kesilapan individu dikenal pasti punca utama skuad Johor Darul Ta’zim (JDT) II gagal meraih sekurang-kurangnya satu mata selepas tumpas 3-4 kepada Terengganu FC (TFC) II pada aksi Liga Perdana di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, di sini, malam tadi.

Ini diakui ketua jurulatihnya, Rafael Sanchez yang b3rang selepas anak buahnya gagal mempertahankan kelebihan gol. Katanya tiga gol yang disumbat pemainnya seharusnya cukup meraih kemenangan di tempat lawan lebih-lebih lagi selepas tiga kali mendahului tuan rumah.

Perlawanan malam ini (malam tadi) adalah menarik untuk ditonton peminat, tapi sukar untuk memenangi perlawanan bola sepak jika pemain buat kesilapan besar.

Kegagalan mengawal situasi bola mati serta kesilapan mudah dan kelekaan bent3ng pertahanan dihukvm pasukan lawan walaupun pada satu ketika mendahului 3-2 ketika permainan hanya berbaki lapan minit.

Kami harapkan situasi ini tidak berulang untuk aksi seterusnya nanti dan pemain perlu mengambil pengajaran berguna bagi memastikan tiga mata dapat dikutip, katanya yang lega kerana pasukannya masih berada dalam kelompok atasan liga.

Berdasarkan kedudukan terkini, skuad itu kini kekal menghuni di tangga kedua liga dengan mengutip 14 mata hasil daripada lapan perlawanan ketinggalan dua mata kepada pendahulu, Sarawak United FC.