Keuntungan bersih melebih RM10K selepas 2 perlawanan persahabatan

Hari ini pasukan Kelantan FC telah mengumumkan hasil kutipan, keuntungan setiap kelab dan kos penyiaran yang telah diperolehi hasil dari 2 perlawanan persahabatan pra musim bertemu pasukan Terengganu FC II dan juga Melaka United.

Melalui dua perlawanan persahabatan yang diadakan, Kelantan FC berjaya mendapatkan keuntungan bersih sebanyak RM 10,813.50 dan berikut adalah pecahan hasil, kos serta sumbangan yang telah dibuat.


Jumlah jualan Pass Eksklusif: RM 37,325.00

Jumlah keuntungan keseluruhan: RM 30,325.00

50% Sumbangan Tabung Derma Co v!d: RM 15,162.50

Keuntungan Terengganu FC II: RM2,813.25

Keuntungan Melaka United: RM1,717.50

Pihak pengurusan Kelantan FC juga turut merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pembeli pass eksklusif yang turut menyumbang kepada tabung derma Cov!d19 ini.

Lebih Banyak Untung Dari Bayaran Yang Diterima Musim 2020
Jika dibandingkan dengan bayaran  yang diterima pada musim 202, berdasarkan kemaskini oleh pemilik pasukan, Kelantan hanya menerima sekitar RM1,400 sahaja bagi perlawanan yang disiarkan oleh MyCujoo.

Angka ini sebenarnya menunjukkan bahawa dari 2 perlawanan itu Kelantan FC sudah berjaya memperolehi 672% pertambahan dari nilai yang diterima pada musim 2020.

Lebih menarik, kos untuk 2 perlawanan tersebut hanya RM7,000 sahaja!