Kontrak Cheng Hoe Disember ini

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberi bayangan pengendali Harim@u Malaya, Tan Cheng Hoe, akan menandatangani kontrak baru bersama badan induk itu susulan penangguhan perlawnan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam, mengakui perbincangan di antara kedua-dua pihak adalah p0sitif dan perkara itu dinyatakan kepada wartawan Nadi Arena, Zulhelmi Zainal Azam, hari ini.

Kedudukan pengendali dari Kedah itu menjadi tanda tanya apabila kontraknya berakhir 31 Disember ini tatkala tiga aksi Kumpulan G terakhir melibatkan Malaysia terpaksa ditunda ke tahun depan.

Jurulatih berusia 52 tahun itu sememangnya memerlukan kepastian mengenai masa depannya kerana misi penting perlu dilunaskan bersama skuad kebangsaan.

Perbincangan (melibatkan kontrak) Cheng Hoe sudah pun bermula biarpun perlawnan kelayakan tertangguh.

Kami akan selesaikan perbincangan itu tidak lama lagi dan kami akan umumkan pada masa tertentu.

“Tiada perubahan dalam perancangan FAM. Sudah pasti dia masih relevan,” katanya di Wisma FAM, Petaling Jaya, hari ini.

Terdahulu, Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) dan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) sekali lagi menangguhkan kelayakan itu selepas mengambil kira perkembangan semasa yang membabitkan penul@ran C0V!D-19 di seluruh dunia.

Sebelum ini, FIFA memutvskan aksi kelayakan pusingan kedua itu akan berlangsung pada Oktober dan November depan susulan penul@ran pandem!k berkenaan.

Justeru, Cheng Hoe berharap kesempatan itu boleh digunakan untuk memantapkan Harim@u Malaya.

“Kami perlu berbincang lagi, kami perlu ada perancangan kerana skuad kebangsaan akan mengharungi jadual padat manakala pemain perlu bersedia,” katanya.