Koyak? ‘No’ koyak, hanya bersyukur – TMJ

“Koyak? ‘No’ koyak, hanya bersyukur kerana ada stadium sendiri dan 17 piala dalam lapan tahun.”

Demikian kata pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang menafikan dirinya kec3wa dengan keputusan seri 1-1 diraih JDT ketika menentang Selangor FC dalam aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi.

Jelas Tunku Ismail itu, beliau menganggap anak didik Benjamin Mora beraksi baik sepanjang 90 minit permainan namun tuah nyata tidak memihak skuad H@rimau Selatan apabila dua sepakan penalti gagal disudahkan pemain.

Malah, beliau mengakui tidak ‘koyak’ di atas keputusan itu dan menyamakan situasi terbabit dengan aksi kelab gergasi La Liga, Barcelona yang seri bersama kelab kerdil, Elche

“Pertama sekali, dua penalti tak masuk dan bola kena palang. Tiada tuah. Keduanya, apabila Elche seri dengan Barcelona, Barcelona sedih dan Elche gembira, itu cerita dia. Jadi sekarang kita pandang ke depan dan sedia untuk aksi berikutnya, perjalanan masih jauh,” tulis Tunku Ismail di ruang komen Instagram miliknya.

Dalam aksi tumpuan malam tadi, skuad Red Giants berjaya merentap ego juara Liga Super tujuh tahun berturut-turut JDT selepas mengikat gergasi bola sepak dari selatan tanah air itu dengan keputusan 1-1.

Selangor FC membuat kejutan dengan membuka tirai jaringan seawal minit ketujuh permainan, menerusi gol sepakan lencong di sebelah kiri penyerang, Ifedayo Olusegun yang menyempurnakan lorongan bola ke dalam kotak penalti dari tengah padang oleh pemain import baharu dari Switzerland, Oliver Buff.

Tersentak dengan jaringan pembukaan itu, JDT tidak memerlukan masa yang lama untuk bangkit menyamakan kedudukan menerusi peny3rang import baharu dari Brazil, Bergson Da Silva, selepas melepaskan rembatan padu hasil hantaran pendek dari sebelah kiri oleh Gonzalo Gabriel Cabrera pada minit ke-11.

sumber : HM

Tuan rumah sepatutnya boleh meraih tiga mata namun dua sepakan penalti pada setiap babak bagaimanapun gagal disempurnakan Cabrera dan Bergson untuk menyaksikan kedua-dua pasukan hanya berpuas hati merakam satu mata dalam aksi keempat liga itu.