Kpah Sherman terima padah

Kedah Darul Aman FC (KDA FC) bakal menempuhi satu lagi cabaran dalam perlawanan men3ntang Kuala Lumpur City FC (KLCFC) Jumaat ini apabila striker utamanya Kpah Sherman tidak dapat beraksi berikutan penggantungan membabitkan layangan tiga kad kuning yang diterimanya sebelum ini.

Tiga kad kuning berkenaan dikenakan kepada Sherman pada perlawanan KDA FC men3ntang JDT, Penang FC, dan satu lagi ketika men3ntang Perak FC pada sabtu lalu.

KDA FC bagaimanapun turut memiliki dua lagi pilihan untuk striker iaitu Kipre Tchetche dan Rozaimi Abdul Rahman yang boleh mengisi posisi berkenaan dan sekali gus membentuk kekuatan s3rangan yang diharapkan.

Ketua Jurulatih skuad Hijau Kuning Aidil Sharin Sahak berkata, dengan ketiadaan Sherman yang sudah mel3dak enam gol setakat ini, beberapa perubahan pada jentera s3rangan akan dilakukan untuk aksi men3ntang KLCFC Jumaat ini.

Kami memang mengidamkan skuad lengkap untuk mencari mata penuh pada perlawanan seterusnya, namun kami perlu menghadapi cabaran baharu apabila menghadapi perlawanan tanpa striker utama akibat penggantungan kad kuning kali ini.

Bagi mengatasi masalah berkenaan, saya perlu melihat dan menilai kembali calon yang bersesuaian untuk mengisi posisi berkenaan pada sesi latihan yang akan kami jalani minggu ini sebelum membuat apa-apa keputusan yang tepat seterusnya.

“Sudah pasti keadaan ini memberi rintangan dan cabaran buat pasukan Kedah yang mahu membvru kemenangan selepas keciciran mata dalam dua perlawanan sebelum ini, namun kami tetap berusaha mencari jalan yang terbaik bagi mengatasi masalah berkenaan.” katanya.

Sementara itu, pada masa yang sama, Aidil Sharin juga berharap dua tonggak pertahanannya Renan Alves dan Rizal Ghazali yang kini dalam proses pemvlihan dapat diturunkan pada aksi perlawanan di laman sendiri jumaat ini.

“Saya berharap mereka berdua kini bersedia untuk kembali memperkukuhkan pasukan selepas melalui proses pemulihan dan telah menjalani rehat dari beberapa perlawanan sebelum ini.” katanya.

KDA FC kini menghuni tangga ketiga Liga Super dengan mengumpul 17 mata di belakang pendahulu liga Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC).