Laku keras, dalam tempoh 48jam 6,000 helai terjual

Jersi ‘home’ Selangor 2021 memahat sejarah tersendiri apabila 6,000 helai terjual dalam tempoh kurang 48 jam, manakala pelancarannya yang dilakukan secara dalam talian di Facebook Selangor FC, Isnin lalu menarik lebih 6,300 tontonan.

Tidak seperti tahun-tahun sebelumnya, wabak C0 v!d19 memaksa Selangor tidak menganjurkan Hari Bola Sepak Selangor yang diadakan setiap tahun bagi melancarkan jersi, selain memperkenalkan pemain kepada peminat.

Jersi baharu Selangor menerima respons positif daripada penyokong Red Giants dan Malaysia kerana rekaan yang diilhamkan skuad juara Piala Malaysia 1986 itu bukan saja mengembalikan ‘aura’ zaman kegemilangan mereka, malah amat cantik.

Bertemakan ‘Legasi Mokhtar Dahari’, jersi retro itu mendapat tumpuan bukan saja dari media tempatan, malah Indonesia.

Ini kerana legenda mereka, Ristomoyo Kassim juga sebahagian daripada skuad 1986 dan menjaringkan gol dalam perlawanan terakhir.

Jersi yang memasukkan elemen Bunga Tanjung (bunga ceri Sepanyol) sebagai simbolik bunga rasmi negeri habis dijual dalam tempoh kurang 48 jam secara dalam talian dan di semua kedai pengedar Joma.

“Selangor FC ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua Red Giants atas sokongan yang diberikan, terutama ketika industri bola sepak negara berdepan masa sukar kerana kesan C0 V!d-19. Pengurusan SFC akan sentiasa berusaha untuk mengembalikan kegemilangan Selangor.

sumber : UM

“Jersi ‘home’ ini berharga RM109 untuk edisi pemain dan tambahan RM45 dikenakan bagi set nama khas tambahan di belakang baju atas permintaan. Pemegang Kad Pasukan Red Giants 2021 akan menikmati potongan 10 peratus,” kata Selangor FC dalam satu kenyataan.