Latihan secara individu bermula minggu hadapan

Striker muda negara yang beraksi di Eropah, Luqman Hakim akan mula menjalani latihan secara individu bermula minggu hadapan.

Perkara ini diumumkan oleh pihak kelab dimana KV Kortrijk menyatakan jika proses pemvlihan berjalan lancar, Luqman akan mula berlatih secara individu bermula minggu hadapan.

Luqman mengalami kec3deraan otot hamstring yang koyak. Jika semuanya berjalan lancar, beliau akan mula berlatih secara individu pada minggu hadapan, menurut kenyataan yang dikeluarkan.

Luqman mengalami kec3deraan hamstr!ng pada kaki kanannya ketika menjalani sesi latihan, sehari selepas aksi men3ntang RSC Anderlecht dalam saingan Jupiler Pro League bulan lalu.

Setelah dianalisis oleh pihak perubatan kelab, 0tot Luqman k0yak sepanjang 1.9 sentimeter sekaligus dinasihatkan agar ber3hat selama tiga minggu.

Disebabkan kec3deraan yang dialami, Luqman terlepas aksi men3ntang K Beerschot minggu lalu yang mana Kortrijk meraih keputusan Seri 5-5.