Legenda Malaysia Gantung But

Selepas dua dekad mewarnai kancah Liga Malaysia, pemain pertahanan berpengalaman negara, Norhafiz Zamani Misbah mengambil keputusan untuk bersara dari dunia bola sepak profesional.

Perkara ini dikongsikan oleh wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam dimana persaraan Norhafiz ini bermakna hanya Indra Putra Mahyuddin yang masih beraksi dari skuad bimbingan Allan Harris.

Norhafiz Zamani Misbah merupakan salah satu pemain pertahanan tengah terbaik yang pernah mewarnai saingan liga bola sepak tanah air.

Sepanjang karier beliau, pemain berusia 40 tahun ini pernah menyarung jersi lima pasukan Liga Malaysia selain pernah beraksi bersama skuad kebangsaan.

Ketika dibawah kendalian Norizam Bakar, Norhafiz dipanggil untuk membarisi pasukan negara dalam temasya Piala Asia 2007. Namun, Malaysia gagal menampilkan prestasi terbaik setelah tewas dalam ketiga-tiga perlawanan peringkat kumpulan.

Karier Norhafiz juga diwarnai dengan beberapa kejuaraan domestik seperti memenangi Piala FA dan Liga Super ketika beraksi bersama Negeri Sembilan dan Pahang.

Selain itu, Norhafiz juga pernah dipilih sebagai pemain pertahanan terbaik bagi saingan Liga Malaysia musim 2011.