Liga Malaysia (Liga-M) perlu diteruskan seperti dijadualkan

Ketika industri lain boleh beroperasi sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), saingan Liga Malaysia (Liga-M) perlu diteruskan seperti yang dijadualkan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sri Pahang FC, Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, ini kerana bola sepak juga tergolong dalam industri yang turut mempunyai pekerja dan majikan.

Justeru, katanya, saingan Liga M perlu diteruskan ketika semua pasukan sudah menyenaraikan barisan kejurulatihan dan pemain sejak awal musim ini.

“Jika industri lain boleh beroperasi seperti biasa, industri bola sepak juga perlu dibenarkan dengan pematuhan SOP (prosedur operasi standard) yang ditetapkan kerajaan.

“Daripada segi pasukan, SOP yang berkaitan saingan Liga M sudah pasti akan diikuti mengikut garis panduan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Saya percaya semua pasukan tiada masalah untuk mematuhinya dan saingan Liga M berjalan mengikut perancangan,” katanya.

Semalam, pemerhati bola sepak tempatan, Mohd Sadek Mustaffa melihat adalah tidak wajar sekiranya industri bola sepak berterusan ‘dipukul’ dengan pelaksanaan PKP dan terpaksa dihentikan seketika susulan peningkatan kes C0 v!d-19 yang dilaporkan setiap hari.

Justeru, Mohd Sadek mengharapkan MKN perlu lebih adil kepada industri bola sepak dan memberi ‘layanan’ sama rata seperti industri lain yang tetap dibenarkan beroperasi dalam PKP yang sedang dilaksanakan ketika ini.

“Industri bola sepak sentiasa menjadi yang pertama ditutup setiap kali PKP, namun kita lihat industri lain masih dibenarkan beroperasi.

“Industri bola sepak sebenarnya sama juga seperti industri lain di mana mereka juga sedang bekerja.

sumber : HM

“Jika saingan Liga M ditangguhkan lagi, ia memberi impak yang tidak diingini kepada pasukan seperti yang sudah dirasai oleh mereka pada musim 2020,” kata Mohammed Suffian.