Luqman ada isi, bukan mudah dibvli

Biarpun pertama kali dipanggil menjalani latihan bersama skuad senior, kehadiran ubi muda negara, Luqman Hakim Shamsuddin boleh dikatakan ada ‘isi’ menerusi pengalamannya bersama skuad senior kelab Belgium, KV Kortijk.

Malah, Luqman yang kini berusia 19 tahun sebenarnya bukan mudah untuk dibuli apabila dia sudah biasa bermain bersama dengan rakan sepasukan berpangkat ‘abang’ sekali gus tidak berdepan masalah untuk menyesuaikan diri bersama skuad kebangsaan.

Luqman berkata, usia hanyalah pada angka dan tidak menjadi batu penghalang untuk membuktikan keupayaan walaupun terpaksa berhadapan dengan pemain lebih berusia.

Pemain berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu berkata, ketika ini dia mahu memberikan komitmen 100 peratus kepada pasukan kebangsaan dan menyerahkan kepada barisan kejurulatihan untuk menilai prestasinya.

Saya beruntung kerana sebelum ini menjalani latihan dengan skuad senior KV Kortrijk sekali gus dapat sesuaikan diri dengan pemain senior atau yang lebih tua kerana pasukan senior ini bermain dengan pantas.

“Tiada masalah bila dikritik kemampuan bermain bersama skuad kebangsaan, namun umur tidak menjadi masalah walaupun muda dan sekarang ini terpulang kepada jurulatih kerana kematangan serta kemampuan adalah penting,” katanya pada sidang media selepas sesi ketiga latihan skuad negara yang berlangsung di Pusat Latihan JDT di Johor Bahru, hari ini.

Selain itu, ketika ditanya rahsia mempunyai fizikal mantap hingga mengejutkan ramai pihak, Luqman berkata, dia cukup menjaga pemakanan terutama ketika bersarapan dan makan tengah hari.

Sumber : HM

Perubahan fizikal saya adalah kerana menjaga pemakanan, bersarapan dan makan tengah hari dijaga oleh kelab. Bagi saya pemakanan penting terutama untuk dapatkan kesihatan yang baik,” katanya.