Luqman bakal tersenarai menentang Anderlecht sabtu ini

Adakah impian rakyat Malaysia untuk melihat penampilan pertama Luqman Hakim Shamsudin dalam liga utama Belgium akan terlaksana pada pertembungan dengan Anderlecht, awal pagi Sabtu ini?

Ini selepas akaun Instagram peminat kelab KV Kortrijk, kvkortrijkfans mendakwa peny3rang muda kelahiran Kota Bharu itu tersenarai dalam skuad untuk aksi berkenaan.

“Luqman disenarai dalam skuad untuk perlawanan menentang Anderlecht, esok,” tulis laman Instagran itu beserta gambar Luqman.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan adakah benar Luqman bakal tersenarai atau tidak untuk perlawanan penting itu yang mana KV Kortrijk dan Anderlecht kini berkongsi 14 mata dengan masing-masing menghuni kedudukan kelapan dan kesembilan liga.

Lebih menguatkan berita itu apabila Duta Besar Belgium ke Malaysia, Pascal H Gregoire turut menyatakan Luqman bakal tersenarai menentang Anderlecht menerusi ciapan di laman Twitter.

Apa yang pasti, kenyataan itu memberikan harapan tinggi buat peminat bola sepak sepak di Malaysia yang masih menantikan penampilan sulung Luqman dalam Jupiler Pro League itu.

Lebih menarik, Anderlecht kini dibawah bimbingan bekas ketua pasukan Manchester City, Vincent Kompany.

sumber : BH

Sebelum ini, Luqman sudah pernah bersama skuad utama KV Kortrijk dalam aksi persahabatan selain turut mempamerkan aksi yang memberansangkan bersama skuad bawah 21 tahun kelab itu.