Luqman mirip Neymar

Menerusi kemaskini terbaru Luqman Hakim melalui laman sosial Instagram beliau, nampaknya striker muda Malaysia itu kini sedang dalam proses menyiapkan badannya untuk menc@bar bola sepak di eropah.

Jelas dari gambar terbarunya itu kita dapat melihat otot-otot badan sudah mula timbul dan terserlah shape sebagai seorang atlit yang memiliki bentuk fizikal yang semakin baik.

Dengan gaya bojeng baru itu juga lebih menyerlahkan lagi susuk badan yang sedang dibuat sehinggakan menjadi bualan peminat dilaman sosial Instagram itu dan ada yang meninggalkan komen bahawa Luqman mirip Neymar sebelum berhijrah ke Barcelona.

Beberapa bulan selepas tiba di Belgium, pemain yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan itu baru-baru ini telah berjaya melakukan debut bersama pasukan utama KV Kortrijk dan pastinya bakal memberikan lebih keyakinan untuk Luqman Hakim bekerja lebih keras mencari tempat sebagai regular disana.