Luqman mungkin boleh ‘berjalan’ lebih jauh di Belgium

Peny3rang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin mungkin boleh ‘berjalan’ lebih jauh di Belgium selepas akan dibantu untuk mendapatkan lesen memandu di sana.

Pengurus kelab penyokong dan komunti KV Kortrijk, Simon Clinckemailie mengesahkan, itu antara langkah seterusnya yang akan dilakukan oleh pihaknya selepas pemain itu sekadar menggunakan basikal untuk bergerak ke kawasan sekitar buat masa ini.

“Langkah seterusnya untuk Luqman adalah mendapatkan lesen memandu supaya dia boleh membiasakan diri dengan keadaan trafik di Belgium. Ini satu langkah yang besar tetapi dia boleh bergerak lebih jauh lagi.

“Sekarang dia sudah mempunyai basikal tetapi takkan untuk pergi ke tempat sejauh 20 kilometer, dia masih perlu mengayuh basikal. Kalau kita boleh dapatkan lesen memandu untuknya, pasti ia akan menjadi langkah yang besar untuk dirinya,” katanya.

Simon berkata demikian menerusi dokumentari TheJourneyOfLuqie yang disiarkan oleh pasukan itu menerusi laman rasmi mereka.

Pada bulan lalu, pemain berusia 18 tahun itu membeli sebuah basikal baharu bagi memudahkan pergerakannya untuk menjalani latihan dan bersiar-siar di bandar Kortrijk.

Malah, selain digunakan untuk ke pusat latihan, ia juga secara tidak langsung dapat membantu membina staminanya ketika berulang alik daripada rumahnya ke padang latihan.

Dalam perkembangan lain, keluarga angkat Luqman di Kortrijk, Arnout Vercrycusse mengakui satu penghormatan untuk dia menjadi ‘sebahagian’ daripada kehidupan Luqman di Eropah dan kehadirannya menceriakan lagi kehidupan keluarganya.

“Walaupun dia baru berusia 18 tahun tetapi saya dapat lihat dia adalah seorang dewasa yang sangat bertanggungjawab. Bagus rasanya apabila dia berada di rumah kerana dia seorang yang menghormati orang lain, sentiasa ketawa dan juga seorang yang ada humor.

sumber : BH

“Bersama dengan anak saya, ini sangat menyeronokkan. Dengan anak perempuan saya (Merel), mereka membuat video dan Tik Tok manakala dengan anak lelaki saya (Ruben), mereka bermain permainan video,” kata Arnout.