Luqman terpaksa direhatkan tiga minggu

PERKHABARAN kurang enak menyelubungi kem KV Kortrijk (KVK) selepas peny3rang muda mereka, Luqman Hakim Samsudin bakal disisihkan sekurang-kurangnya tiga minggu gara-gara ditimpa masalah kecederaan hamstring, hari ini.

Luqman mengalami kecederaan itu ketika menjalani sesi latihan persiapan untuk bertemu Zulte Waregem dalam aksi Jupiler Pro League, 3 November ini (3.45 pagi waktu Malaysia).

Pemain kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu ditimpa hamstring dan mengalami masalah kecederaan koyak otot hampir 2 sentimeter sekali gus kelab Belgium itu tidak menyenaraikan Luqman dalam tempoh terdekat.

Pemain berusia 18 tahun itu tanpa berselindung mengakui sedikit kecewa kerana dia semakin bersemangat untuk mempamerkan pretasi positif bersama skuad utama.

Begitupun, Luqman yang membuat debut selama 17 minit bersama KVK ketika tewas 1-3 Anderlecht pada minggu lalu, mengakui tidak mahu cepat menyerah kalah atau berputus asa di sebalik dugaan yang menimpa terhadap dirinya.

“Saya ditimpa masalah kecederaan itu ketika saya cuba sprint untuk membuat hantaran bola, tiba-tiba saya merasakan jari saya bagai ditarik ketika sesi latihan pertama (sehari selepas menentang Anderlecht) dan keesokannya sakit itu masih ada.

“Saya kemudian bertemu dengan doktor kelab dan beliau mengesahkan bahawa saya mengalami koyak otot sepanjang 1.9 sentimeter selain menasihatkan saya supaya tidak beraksi selama tiga minggu.

“Saya benar-benar sedih tetapi inilah cabaran yang saya harus lalui sebagai seorang pemain profesional.

“Kecederaan adalah asam garam bagi pemain bola sepak dan apa saya perlu lakukan sekarang ini adalah fokus kepada proses pemulihan yang diberikan daripada pihak kelab nanti.

Sementara itu, bekas pemain Selangor 2 tersebut mengakui doa daripada penyokong-penyokong dari Malaysia akan terus menjadi pembakar semangat untuk bermain dalam tempoh terdekat.

Apa yang pasti, Luqman mahu bersiap sedia dalam usaha memastikan dia akan terus berada radar skuad utama KVK sebaik pulih daripada masalah kecederaan hamstring itu.

“Saya tetap bersemangat dan saya akan sentiasa bersedia selepas pulih daripada masalah kecederaan ini.

sumber : CS

“Sudah pasti rasa ralat itu ada kerana saya sudah dapat bermain (menentang Anderlecht) tempoh hari dan saya sudah bersedia untuk perlawanan kedua tetapi nasib tidak menyebelahi saya apabila mendapat kecederaan ketika menjalani sesi latihan,” ujarnya.