Mat Yo Raih Kemenangan pertama

Striker skuad negara, Norshahrul Idlan Talaha atau Matyo nyata gembira dapat beraksi buat pertama kali sejak saingan Thai League 1 disambung pada September lalu setelah berehat lebih lima bulan ekoran pand3mik C0VID-19 yang sedang melanda dunia ketika ini.

Norshahrul diturunkan pada perlawanan men3ntang Rayong FC yang menyaksikan BG Pathum berjaya mengutip tiga mata penuh menerusi kemenangan 2-0 hasil dua jaringan pertahanan import, Victor Cardozo.

Menerusi laman web rasmi kelab, Norshahrul nyata gembira dapat beraksi namun beliau sedikit kec3wa kerana gagal untuk menjaringkan gol atau membuat assist pada perlawanan Sabtu lalu.

Ini perlawanan pertama saya sejak saingan Thai League kembali disambung. Saya gembira pasukan berjaya meraih kemenangan namun kec3wa kerana tidak dapat menjaringkan gol.

Satu perkara yang normal apabila ramai orang mengharapkan saya untuk menjaringkan gol. Saya bekerja keras dan jika diberikan peluang untuk beraksi, saya akan gunakan peluang tersebut dengan baik.

Walau apa pun, meraih tiga mata adalah perkara yang paling penting. Kami akan menampilkan persembahan terbaik khususnya bagi peminat dan kami akan menuju ke puncak sebagai satu pasukan, kata Matyo.

BG Pathum ketika ini menduduki tangga teratas dalam carta Thai League 1 dengan 19 mata selepas tujuh perlawanan, mempunyai kelebihan empat mata di hadapan Bangkok United dan Chonburi FC yang masing-masing menduduki tangga kedua dan ketiga.