Menjual Nik Akif, itu kenyataan Per!badi

KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak berhasrat menjual pemain tengah The Red Warriors (TRW) Nik Akif Syahiran Nik Mat dengan harga RM1 juta, kata Naib Presiden KAFA Ahmad Muzakkir Hamid.

Sebaliknya, beliau berkata hasrat itu merupakan kenyataan per!badi yang dibuat oleh Setiausaha Agung KAFA Husin Deraman.

KAFA tidak pernah membincangkan perkara tersebut dalam mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif sebelum ini dan tidak mengeluarkan kenyataan itu secara rasmi.

“Segala keputusan berhubung masa depan pasukan akan dibincangkan terlebih dahulu dalam mesyuarat,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sebelum ini, isu penjualan pemain muda itu mendapat perhatian media dan krit!kan daripada bekas pemain Kelantan dan penyokong pasukan itu.

Ahmad Muzakkir berkata apabila kata sepakat sudah dicapai, pihaknya akan mendedahkannya kepada semua pihak termasuk penyokong.

“Saya melihat kenyataan itu lebih bersifat per!badi dan spontan yang dil0ntarkan oleh beliau (Husin) ketika menjawab persoalan dari pihak pemberita terutamanya berkait masalah hut@ng semasa TRW,” katanya.

Beliau berkata pihaknya sedang bekerja keras mengumpul dana bagi melangsaikan hut@ng-hut@ng lapuk itu.

“Kami berharap penyokong akan terus memberikan sokongan padu kepada KAFA untuk membeb@skan TRW daripada belenggu hut@ng,” katanya.

Akhbar melap0rkan Husin menegaskan KAFA sedia melepaskan pemain berjersi No.33 itu ke pasukan baharu dengan nilai RM1 juta bagi melangsaikan hut@ng lapuk persatuan itu yang difahamkan RM4.6 juta. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *