Menolak pengadil, sepatutnya dilayangkan kad merah

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Subkhiddin Mohd Salleh menjelaskan pemain Kelantan FC, Jack Hindle sepatutnya dilayangkan kad merah atas tindakan menolak pengadil ketika aksi Liga Perdana berdepan Perak FC II di Stadium Sultan Muhammad IV, kelmarin.

Insiden yang berlaku pada minit ke-39 dan tular di media sosial itu menyaksikan pengadil perlawanan, Amirul Aizat Mohd Lodin menghadang Hindle daripada melakukan percubaan di dalam kota penalti sebelum pemain itu bertindak menolak pengadil berkenaan hingga terjatvh.

Subkhiddin yang kini berperanan sebagai tenaga pengajar pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) berkata, dalam undang-undang jelas tindakan Hindle itu adalah salah di bawah kelakuan g@nas yang mana pemain berkenaan perlu diperintah keluar padang.

Saya tak pasti sama ada MFL (Liga Bolasepak Malaysia) akan guna video itu sebagai akses untuk mengambil hukvman. Ada sesetengah pertandingan atau negara yang menggunakannya.

Maknanya kalau pengadil terlepas insid3n di atas padang, dia akan guna pula bukti video sebagai akses untuk mereka menghvkum kalau ada kesalahan yang boleh mencemarkan imej bola sepak.

Tapi untuk pengadil itu, mungkin ini kali pertama berlaku pada dia dan dia pun tak pasti nak ambil keputusan apa. Tapi keputusan yang sepatutnya adalah kad merah kepada pemain itu kerana ia kesalahan berkelakuan g@nas.

Jadi, kalau pengadil itu tidak pasti untuk mengambil keputusan, dia ada ‘match official team’, jadi kumpulan ini dia ada lagi pembantu pengadil 1, pembantu pengadil 2 dan ada pegawai keempat.

“Sebelum memulakan kembali perlawanan mereka patut bincang, ini kesalahan ganas membabitkan kelakuan pemain. Jadi, kalau hari ini kita lepas, esok kalau orang lain buat dan kita bagi kad merah, orang tidak akan percaya,” katanya kepada BH Sukan, semalam.

Mengulas mengenai kedudukan Amirul Aizat, Subkhiddin mengakui pengadil berkenaan berada pada posisi yang salah hingga menyebabkan insid3n itu berlaku.

Beliau bagaimanapun menjelaskan bahawa pengadil itu hanya salah posisi dan tidak melakukan kesalahan di bawah undang-undang permainan.

Pengadil salah posisi, itu tak salah dari segi undang-undang. Tapi pemain, bila anda tidak dapat menahan em0si dan kelakuan, undang-undang akan ambil tindakan. Ini di bawah klausa kelakuan g@nas.

Pengadil ini salah mungkin dari segi kekurangan pengalaman, mungkin dia pengadil dalam proses untuk diketengahkan. Satu yang baik adalah ia jadi satu pengajaran.

“Pengajaran bukan untuk pemain (Hindle) atau pengadil (Amirul) itu sahaja. Tapi untuk semua orang, ini satu pengajaran yang hebat yang mana pemain tidak boleh buat macam itu dan sebagai pengadil perlu berhati-hati di kawasan penalti,” katanya.

sumber : BH

Pada aksi berkenaan, Kelantan FC yang dimiliki Norizam Tukiman tewas 1-0.