MFL menerima permohonan rasmi dari pasukan Kedah

LIGA Bola Sepak Malaysia (MFL) mengumumkan pindaan jadual perl@wanan Liga Super di antara Kedah men3ntang Sabah yang sepatutnya diadakan pada 19 September ini ke 21 September depan.

Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan mengesahkan bahawa pihaknya menerima permohonan daripada pasukan Kedah berhubung pindaan tarikh dan venue tersebut.

Katanya, Stadium Darul Aman, Alor Setar terletak di dalam Daerah Kota Setar yang telah diisytihar untuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang berkuat kuasa pada 11 September hingga 25 September 2020.

“Dimaklumkan bahawa MFL telah menerima permohonan rasmi dari pasukan Kedah mengenai permohonan pindaan tarikh dan venue bagi perl@wanan tersebut kerana Stadium Darul Aman, Alor Setar terletak di dalam daerah Kota Setar yang telah diisytihar untuk pelaksanaan PKPD.

“Oleh demikian, pihak MFL telah memutuskan untuk meminda tarikh dan venue bagi perl@wanan tersebut di mana tarikh 19 September 2020 dan venue di Stadium Darul Aman, Alor Setar telah dipinda ke tarikh 21 September 2020 dan venue di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras selepas mendapat persetujuan bersama daripada kedua-dua pasukan.

“Pindaan perl@wanan tersebut juga dipinda setelah mengambil kira segala aspek seperti penyiar rasmi, komersial MFL serta pihak media.

sumber : Konline

“Pindaan ini tidak melibatkan perl@wanan-perl@wanan lain seperti yang telah dijadualkan di mana jadual perl@wanan Liga Super Malaysia 2020 telah dikemaskini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.