Michael Feictenbeiner pengarah sukan FAS yang baharu

Pengendali Selangor FC II, Michael Feictenbeiner, kini menggalas tanggungjawab baru apabila Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) melantiknya menjadi pengarah sukan.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Dr Johan Kamal Hamidon, berkongsi kepada wartawan Astro Arena, Muiz Aziz, bahawa jurulatih dari Jerman itu pilihan terbaik bagi memajukan bola sepak Selangor.

FAS memilih Feichtenbeiner bagi menggalas tanggungjawab itu selepas mempertimbangkan prestasinya tahun lalu ketika menerajui semua pasukan selepas bekas jurulatih, B Sathianathan, dilucutkan jawatannya.

“Tahun lalu jawatan itu belum lagi wujud kerana Sathianathan membawa pasukan Liga Super sementara Feichtenbeiner melatih pasukan Liga Perdana, pasukan B-19 dan 18.

“Tetapi tahun ini Feichtenbeiner bertanggungjawab (ke atas) keempat-empat pasukan,” katanya.

Johan juga berkongsi bahawa tugas itu tidak akan membebankan Feichtenbeiner selepas menilai kemampuannya.

Johan yakin pilihan itu mampu melonjak prestasi pasukan Selangor serta menerapkan dengan lagi mendalam DNA Jerman yang diimpikan Selangor.

sumber : SA

“Beliau mempunyai tanggungjawab paling besar, kerjanya (adalah memantau) pasukan Liga Super hingga (ke peringkat) belia dan menerapkan DNA keempat-empat pasukan selain banyak lagi keputusan teknikal dan bola sepak di Selangor FC.”