Sukan

Mickey memilih untuk bersama Skuad Penyu

Akhirnya segalanya terungkai apabila bekas pemain muda Pahang, Faisal Halim, telah diumumkan sebagai pemain baharu Terengganu FC, sebentar tadi.

Pemain berusia 22 tahun itu sebelum ini menarik minat Selangor dan Terengganu untuk mengukuhkan pasukan masing-masing bagi saingan Liga Super musim depan, namun Faisal Halim akhirnya telah memilih untuk bersama Terengganu. Selain itu, dikhabarkan yang Penang FC juga ada mencuba nasib untuk membawanya pulang.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu meninggalkan pasukan negeri kelahirannya itu sejak musim 2016 dan telah beraksi bersama Pahang untuk lima musim.

The Red G!ants dilihat telah cuba memancing masuk dua pemain muda Pahang, Faisal Halim dan Nik Sharif Haseefy, setelah kedua-duanya mempamerkan @ksi member@ngsangkan.

Selamat datang ke pasukan Terengganu Football Club buat Faisal Halim! Sama-sama kita jadikan ini permulaan untuk sebuah legasi yang lebih besar! menyumbang dua gol untuk membantu Pahang menam@tkan saingan di kedudukan ke-8 liga.

Pemain tengah menyrang itu diramalkan memiliki potensi besar, namun hanya pada musim ini, barulah kelibatnya dilihat lebih banyak berbanding musim-musim sebelum ini.

Beliau merekodkan 903 minit permainan dalam 11 penampilan, lebih 542 minit permainan yang didapatinya pada saingan musim 2019. Jika tidak kerana C0-v!d-19, beliau dijangka boleh meraih lebih banyak minit permainan setelah pengendali, Dollah Salleh mula memberikannya lebih peluang pada musim kelimanya di Kuantan.

Bersama Pahang, pemain yang mesra dipanggil Mickey itu telah meraih kejuaraan Piala FA 2018, selain telah tampil meraih satu kaps bersama skuad kebangsaan.uja untuk bersama Sang Penyu bagi saingan musim depan dan menjangkakan saingan seng!t untuk p0sisinya nanti.

Beliau akan diserahkan jersi bernombor 7 milik bekas kapten pasukan, Lee Tuck dan dikatakan bakal dibentuk menjadi tulang belakang pasukan.

Beliau juga menyifatkan perpindahan ini adalah untuk memastikan kariernya terus berkembang disamping melihatkan apa yang diterapkan oleh pengendali TFC, Nafuzi Zain sesuai dengan cara permainan beliau, memetik kenyataan di Terengganu FC.

Untuk rekod, selain beraksi di kejohanan tempatan – Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia, Terengganu juga bakal bersaing di saingan Piala AFC 2021.