Momentum Padu, bakal Striker baru pasukan JDT Catat hatrik

Bakal Striker baru pasukan JDT musim depan, Camilo Sanvezzo berjaya mencatatkan hatrik dalam perlawanan Liga MX bertemu Atletico San Luis yang berkesudahan dengan keputusan memihak kepada Mazatlan FC 5-0.

Camilo Sanvezzo yang turun dalam kesebelasan utama pasukan, menjaringkan 3 gol tersebut dalam pada minit ke 11, 17 dan 41 perlawanan.

Mungkin sudah ada penyokong pasukan JDT yang mula mengikuti perkembangan Camilo Sanvezzo ketika ini dan berdasarkan prestasi semasa ini, ia bakal membuatkan ramai juga peminat bola sepak Malaysia menantikan aksi beliau dalam Liga Malaysia tidak lama lagi.

Nama Camilo Sanvezzo mula menjadi perhatian peminat bola sepak Malaysia terutamanya penyokong pasukan JDT selepas TMJ mengumumkan pemain itu bakal menyertai skuad JDT kira-kira 10 hari yang lalu.

Kami sudah lama mahu bawa Camilo Da Silva ke JDT kerana cara permainan dia sesuai dengan JDT, tapi oleh kerana bajet kurang, saya kena tunggu lagi satu atau dua tahun dan bersabar.

Alhamdulillah, kini (kami) hanya tunggu kontrak (Da Silva Sanvezzo) selesai dan dalam masa beberapa bulan sahaja lagi, kelab saya akan dapat menandatangani (sign) pemain tersebut, titah baginda pada sidang media di Ibu Pejabat Kelab Bolasepak JDT di Stadium Sultan Ibrahim, mengikut sumber dari BERNAMA.

sumber : vocketfc

Ketika ini pasukan Mazatlan FC berada dikedudukan ke 12 dari 18 buah pasukan yang bertanding dalam saingan Liga MX 2021-2021.