Mungkin benarkan penonton kembali ke stadium

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) tidak menolak kemungkinan membenarkan kembali penonton menghadiri perl@wanan di stadium selepas saingan Liga Malaysia (Liga M) yang bersambung sejak 28 Ogos lalu, terus berjalan lancar.

Menterinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mengakui berpuas hati dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang dilaksanakan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dan pasukan bertanding selepas beliau sendiri ‘turun padang’ memantau pelaksanaannya ketika perl@wanan antara Kedah dan Sabah di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, semalam.

Justeru, beliau mengharapkan kerjasama semua pihak dapat diteruskan bagi memastikan kelancaran Liga Malaysia (Liga M) sekali gus memberi keyakinan kepada Majlis Kes3lamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) untuk melangkah ke fasa seterusnya.

“Saya melihat sendiri pematuhan SOP yang ditetapkan di mana mereka melaksanakannya dengan baik bagi perl@wanan malam ini (kelmarin). Saya juga mendapat maklumat mengenai perl@wanan yang lain dan semuanya berjalan dengan lancar.

“Dengan pematuhan penjarakan fizikal dan SOP ketika pendaftaran masuk sehinggalah ke dalam stadium, semuanya dalam keadaan baik dan saya berharap ia akan berterusan. Jika ia terus positif seperti ini, kita boleh maju ke Fasa 5 dan 6 pula.

“Sekarang kita di Fasa 4 iaitu kebenaran mengadakan pertandingan domestik tanpa kehadiran penonton. Jadi kalau ini dapat berterusan dengan baik, mungkin kita boleh meyakinkan MKN dan KKM untuk beralih ke fasa seterusnya pula.

“Tapi saya tidak mahu letak apa-apa harapan kerana lebih penting adalah semua pihak dapat terus melaksanakan pematuhan SOP dengan tegas bagi mengelak sebarang kemungkinan jangkitan C0V!D-19. Apa pun, saya memang cukup berpuas hati dengan apa yang dilakukan sekarang,” katanya.

Sebagai rekod, sebanyak 48 perl@wanan membabitkan aksi Liga Super dan Liga Perdana berlangsung dalam normal baharu dengan semua berjalan dengan lancar sekalipun perlu mengikuti SOP ketat dan tanpa kehadiran penyokong.

Saingan Liga M ditangguhkan selama lima bulan bermula 16 Mac susulan pandemik COVID-19.

sumber : BH

Dengan saingan musim ini terpaksa dilangsungkan sekadar satu pusingan, aksi kini hanya berbaki tiga perl@wanan lagi sebelum pasukan memberi fokus untuk Piala Malaysia yang akan bermula bulan depan.