Nafuzi dan Badrul Akui mempunyai ‘tempoh bertenang’

Dua pengendali pasukan bersaudara, Nafuzi Zain daripada skuad Terengganu FC (TFC) dan Badrul Afzan Razali daripada Terengganu FC II (TFC), mengakui mereka mempunyai ‘tempoh bertenang’ susulan penangguhan Liga Malaysia (Liga M) yang dijadualkan semula berlangsung pada 5 Mac depan.

Dua pengendali muda meningkat naik itu menyifatkan langkah Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menganjakkan tarikh kejohanan asal pada 26 Februari adalah keputusan menang-menang kepada semua pasukan.

Bagaimanapun nada kebimbangan juga bersarang dalam kalbu mereka seandainya liga ditangguhkan lebih lama kerana wabak pandemik C0 v!d-19 masih lagi belum reda.

“Penundaan liga sudah pasti memberi kelegaan kepada kami yang mempunyai masa tambahan untuk membentuk gandingan mantap dalam pasukan.

 

“Tindakan penganjur adalah tepat, ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) menyebabkan pemain tidak dapat menjalani latihan bersama di padang lebih-lebih lagi pemain masih mencari keserasian,” katanya.

Nada sama diluahkan Badrul yang mengakui mempunyai tempoh yang sesuai untuk meningkatkan lagi prestasi pasukannya menjelang saingan Liga Perdana.

Sebelum ini MFL memutuskan Liga Perdana dan Liga Super dianjakkan bagi memberi peluang kepada semua pasukan untuk membuat persiapan rapi sebelum pertandingan bermula.

sumber : HM

Bagaimanapun saingan Piala FA dibatalkan musim ini bagi memberi laluan kepada jadual liga, Piala Malaysia dan Piala Cabaran menjadi lebih padat.